Pada 07 Mac 2018 (Rabu) Unit Pemulihan (PPI) Penjara Reman Pulau Pinang telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2018 Peringkat Penghuni bertempat di Kantin Pegawai, Penjara Reman Pulau Pinang. Majlis telah disempurnakan oleh PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang diiringi TPP Zulfakri Bin Ahmad, Timbalan Penguasa Penjara. Seramai (5) orang penghuni yang layak telah dipilih untuk mengikuti program ini yang turut dihadiri oleh ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak penghuni. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan dan menjalinkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan kelak.
""